Memberi contoh, anggota parlimen Kota Belud Abdul Rahman Dahalan berkata, sekarang ini lebih ramai orang membaca Malaysiakini berbanding Utusan Malaysia dan lebih banyak membaca The Malaysian Insider daripada The Star.Menurut statistik terkini Malaysian Digital Association, kedudukan portal berita tempatan didahului Star Online, diikuti Malaysiakini, Utusan Online, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro, The Malaysian Insider dan Sin Chew Daily.
Tiada statistik membandingkan antara akhbar dan portal berita.Namun menurut Google Trends, Malaysiakini mendepani dalam kumpulannya.
Abdul Rahman berkata, media dalam talian berkembang pesat selepas pilihan raya umum 2008 dan kini turut menyertai media arus perdana.Bercakap dalam debat membincangkan isu kebebasan dan sifat tanggungjawab di Kuala Lumpur hari ini, Abdul Rahman berkata, dalam skla kecil, Pakatan Rakyat mengawal TV Selangor dan tidak juga memberikan separuh liputannya terhadap BN.



No comments:
Post a Comment