Rakyat Perlis jemu doh dengan UMno.. join group: https://www.facebook.com/groups/246030445480810/

Friday, November 25, 2011

PKR atur "Pakatan Rakyat nak tawan Perlis"

Meskipun tarikh pilihan raya umum belum diketahui, namun PKR mula memasang angan-angan untuk menumbangkan kerajaan negeri BN di Perlis.

Untuk itu, PKR cabang Arau mula mengatur dialog dan majlis makan malam bersama rakan-rakan pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO lain bagi mencari input serta formula untuk menawan negeri itu.

penang pakatan convention 211110 frontKetua cabang berkenaan, Hashim Bakar berkata seramai kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli, penyokong Pakatan dan NGO akan menghadiri dialog berkenaan yang membincangkan tajuk "Pakatan Rakyat nak tawan Perlis".

"Kita akan berbincang, mengambil input serta pandangan mengenai isu-isu dan strategi daripada NGO dan penyokong Pakatan dalam usaha kita menawan Perlis,” katanya.

Menurutnya, beberapa pemimpin Pakatan di peringkat pusat dan negeri serta pengamal undang-undang juga akan dijemput mengupas tajuk berkenaan.

Antara tokoh itu termasuk Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin, Thomas Su (Pengerusi DAP Kedah/Perlis), Rus'sele Eizan (ketua penerangan PAS Perlis), Sharif Shaari (Angkatan Sasterwan Perlis) dan Zulmi Sabri (peguam) dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Perlis Khoo Yong Chong.

Hashim berkata cabang berkenaan akan menganjurkan dialog tersebut di Dewan Chi Yong Kor di Kangar pada 18 Disember ini, mulai jam 9 malam.

Manakala timbalan ketua cabang Arau Tengku Nazri Tengku Aldin ditugaskan untuk menjadi moderator pada majlis dialog tersebut, kata Hashim.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat hanya berjaya menguasai dua daripada 15 kerusi DUN Perlis.

Kedua-dua kerusi itu - Sanglang dan Simpang Empat - berjaya dirampas oleh PAS.

Di peringkat parlimen, semua tiga kerusi - Padang Besar, Kangar dan Arau - kekal dimenangi oleh BN.

Sunday, August 14, 2011

PAS Perlis terima siapa saja terajui PKR negeri

KANGAR, 13 Ogos: PAS Perlis akan menerima sesiapa sahaja yang bakal dilantik menerajui Parti Keadilan rakyat (PKR) negeri oleh kepimpinan PKR Pusat.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin (gambar) berkata, adalah menjadi harapan PAS negeri supaya segala masalah dalaman yang membabitkan kepimpinan negeri dapat diselesaikan segera bagi memberi tumpuan terhadap pilihan raya umum yang akan datang.

"PAS Perlis akan terima siapa sahaja yang dilantik oleh PKR Pusat asalkan pemimpin tersebut mampu untuk membentuk kerjasama bagi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat (PR).

"Kita di Perlis tiada mempunyai apa-apa masalah. Apa yang diharapkan ialah wujudnya reformasi yang positif dalam jentera parti itu bagi menstabilkan kembali PKR Perlis," katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang berkata demikian sebagai mengulas perletakan jawatan Pengerusi PKR Perlis, Johari Shafie pada 3 Ogos lalu.

Tambah Hashim lagi, ahli dan penyokong PKR harus menilai sendiri sama ada perletakan jawatan Johari itu memberi kesan besar atau sebaliknya kepada kedudukan parti itu dalam proses hala tuju yang sebenar.

Baru-baru ini, Johari didakwa melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PKR Perlis setelah kecewa dengan usaha segelintir pemimpin PKR negeri yang cuba mendesaknya digantikan dengan pemimpin lain.

Manakala timbalannya, Dr Suraya Sudin pula mendakwa tindakan tersebut adalah ekoran berlakunya perebutan jawatan antara dua kumpulan yang bertelagah.

Difahamkan mesyuarat agung cabang PKR yang bermula pada bulan September ini akan menyaksikan pemilihan jawatan dalam kepimpinan parti tersebut seluruh negara.