Rakyat Perlis jemu doh dengan UMno.. join group: https://www.facebook.com/groups/246030445480810/

Friday, August 31, 2012

Janji Bersih hanya sekitar 500 orang.

umNO amat sakit melihat lautan kuning membanjiri Dataran Merdeka semalam...mereka kata hanya sekitar 500 orang...tak pe lah...b iarkan mereka...kepada penyokong Kuning BERSIH dan Pakatan Rakyat...jangan marahkan mereka sebab itu tanda ajal umporno sudah dekat...mata "setan" umno sudah rabun...biarkan...biarkan...kih3











U

Monday, August 27, 2012

Longkang Guar Sanji Bertakung Air

Guar Sanji, Arau - Apa perasaan anda jika terpaksa menghidu bau busuk daripada longkang yang tersumbat hampir setiap hari sejak empat tahun lalu?

Begitulah yang dialami oleh kira-kira 288 Penduduk Guar sanji Arau.

Longkang yang tidak diselenggara dengan sempurna terletak depan jalan besar guar sanji

Nyamuk - Busuk - Bantu kami ye

Selesaikan segera isu kutipan sampah di Perlis

Bashir Ishak, 27 Ogs 2012
KANGAR: PAS Perlis meminta Kerajaan Negeri Perlis menyelesaikan segera masalah pungutan sampah di negeri ekoran kemelut yang melanda antara Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan syarikat konsesi pembersihan Environment Idaman Sdn Bhd (E-Idaman).

Kemelut melanda apabila MPK pada 23 Ogos lalu mengumumkan untuk menamatkan perkhidmatan E-Idaman yang didakwa gagal memenuhi tahap pencapaian dan melanggar perjanjian yang telah dimeterai sebelum ini.

Bagaimanapun E-Idaman meneruskan kerja kutipan sampah pada 24 Ogos walaupun lori-lori sampah mereka dihalang untuk memasuki tempat pelupusan sampah di Padang Siding, Arau.

Pengurusan syarikat itu memutuskan untuk meneruskan perkhidmatan mereka berikutan  pembuangan sampah dan sisa pepejal yang meningkat secara mendadak pada musim perayaan.

Sementara itu, MPK memaklumkan bahawa buat sementara waktu ini, kerja-kerja pengutipan sampah akan diserahkan kepada sebuah syarikat swasta yang mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja pembersihan.

Mengulas isu ini, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Rus'sele Eizan (gambar atas) berkata tindakan MPK itu tidak wajar kerana mereka belum melantik sebuah syarikat yang akan menggantikan E-Idaman.

Menurutnya, maklumat yang beliau perolehi, syarikat yang akan mengutip sampah buat sementara waktu ini adalah sebuah syarikat sub-kontraktor yang bekerja dengan E-Idaman juga.

"Hari tu saya hairan kenapa MPK buat keputusan tidak membenarkan lori sampah E-Idaman buang samaph di Padang Siding? Kalau tak pergi buang di situ ke mana mereka nak buang sampah tu?

"Dengan melantik kontaktor semnetara ini, saya ingat jangan sampai jadi macam orang-orang dulu sebut 'ibarat buang kentut ambil tahi'. Pergi ambil yang baru nak bagi busuk lagi keadaan," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Empat.

Tegasnya lagi, PAS Perlis memandang serius isu ini kerana melibatkan kepentingan rakyat Perlis serta kesihatan mereka.

"Kenapa ditamatkan kontralk E-Idaman secara mengejut. Jangan sampai nak jaga kepentingan syarikat tertentu sampai kita menyusahkan rakyat.

"Kita harap agar isu ini diselesaikan segera secara dan baik. Jangan biar rakyat yang menjadi mangsanya nanti,"ujarnya lagi.

Thursday, August 9, 2012

DHPP Selangor anjur kursus latihan kepimpinan


KUALA LUMPUR: Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP) Selangor mengadakan kursus latihan kepimpinan untuk ahlinya pada 28 dan 29 Julai lalu. Naib Ketua DHPP Pusat, Vincent Lee berkata, kursus tersebut yang diadakan di Agrotech Resort Hulu Langat, Selangor adalah julung diadakan di peringkat negeri.
 
Majlis tersebut katanya, disempurna oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman. Turut hadir dalam program tersebut, Ketua DHPP Selangor, Letchumanan.