Rakyat Perlis jemu doh dengan UMno.. join group: https://www.facebook.com/groups/246030445480810/

Wednesday, February 29, 2012

Masalah Azizan, demokrasi subur dalam PAS

Subky Latif, 29 Feb 2012
SYUKUR Dato Seri Azizan Razak sebagai Menteri Besar menangguhkan angkat sumpah dua Exco Kedah yang belum bersedia menyambung khidmatnya setahun lagi. Beliau menangguhnya seminggu lagi sama ada kedua Exco itu sedia menyambung khidmat atau berundur.

Beliau tidak segera menggantikan dengan orang lain.

Tentunya Ustaz Azizan menggunakan demokrasi yang ada dalam partinya mendengar pandangan dan nasihat pihak lain antaranya PAS Pusat bagi menangani perkembangan demokrasi PAS di Kedah.

Apa pun perkembangan itu mengejutkan semua pihak apabila berlaku di saat PRU 13 sudah di ambang – mungkin esok atau lusa atau tahun depan. Tentulah semuanya  bertanya apakah ia satu krisis atau sekadar memenuhi kehendak dan amalan demokrasi.

Dalam demokrasi semua orang menerima perlantikan, boleh menolak, boleh berundur, bersedia ditamatkan perkhidmatan, setuju disambung perkhidmatan, boleh menyatakan tidak setuju pada kerajaan dan boleh tidak bersetuju dengan Menteri Besar.

Sejak menjadi Menteri  Besar tahun 2008 tidak pernah menangguh angkat sumpah mana-mana Exco dan tidak ada yang minta tangguh perlantikan perkhidmatannya. Exco  yang ditangguhkan angkat sumpahnya itu baru beberapa bulan diangkat atau diangkat semula sudah jadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah oleh Ustaz Azizan.

Bukan Ustaz Hadi Awang atau Mursyidul Am minta mereka dijadikan Exco dan Timbalan Pesuruhjaya PAS. Azizan menggunakan demokrasi melantik mereka.

Orang tidak mahu mendengar jika perkembangan itu benda biasa dan bukan satu krisis dalam bentuk apa jua. UMNO tentunya syok walau pun ia terkejut kerana Azizan dapat mengawal parti sejak menggantikan Ustaz Fadzil Noor sebagai Pesuruhjaya hingga dapat membentuk kerajaan dan dapat mengawal kerajaan dengan baik.

Penyokong Pakatan Rakyat dari jauh tentu cemas dengan kejadian itu, kerana kalau ia krisis, ia boleh mengurangkan peluang untuk menyambung kemenangan.

Umum berpendapat dengan gaya pimpinan dan pentadbiran Azizan, PAS dan Pakatan payah dikalahkan oleh UMNO, tetapi boleh jatuh oleh masalah PAS sendiri. Jika kerajaannya tumbang bukan kerana UMNO kuat dan berada pada jalan yang betul, tetapi kerana kejutan amalan demokrasi yang terbuka bebas dalam PAS.

Demokrasi yang ada dalam UMNO menyebabkan ahli UMNO takut kepada UMNO dan takut kepada pemimpin UMNO. Sekali pun mereka cah keting pemimpin-pemimpin mereka, tetapi ia dibaut diam-diam di belakang. Mereka tidak berani mengata UMNO dan pemimpin di kedai kopi atau berterangan.

Mungkin kerana takut dicantas dan amat malang bagi ahli UMNO kalau tidak termasuk dalam senarai orang-orang pemimpin parti.

Orang PAS tidak takut pada PAS dan tidak takut pada pemimpin. Mereka takut pada Allah saja. Tetapi mereka hormat parti dan hormat pemimpin. Demokrasi yang mereka faham disesuaikan dengan ajaran syura mereka digalakkan menegur apa yang dirasakan tidak tepat, dan membisu terhadap ketempangan adalah satu sikap salah dan tidak jujur.

Dalam suasana keterbukaan dan amalan demokrasi yang bebas itu orang PAS merasa bebas untuk memberi pandangan kedua tentang pentadbiran dan kepimpinan pemimpinnya. Orang kecil bebas bercakap tentang kerajaan, parti dan pimpinan sesuai dengan kedudukannya di kedai kopi dan sesama mereka.

Yang besar seperti Timbalan Pesuruhjaya di samping ada pandangannya yang tersendiri tentang perkara-perkara tentu bebas memutuskan untuk tidak menyambung perkhidmatan dalam kerajaan seperti yang dibenarkan oleh demokrasi dan politik terbuka.

Dua anggota Exco itu bertindak mengikut apa yang dibenarkan semangat perlembagaan dan oleh demokrasi. Cuma pimpinan pusat merasa perlu campur tangan. Apa jua keputusan seperti berundur dari Exco boleh ditimbang semula dan apa juga perbezaan pandangan sesama sendiri dibenarkan oleh demokrasi untuk diselesaikan secara perbincangan.

Azizan bersetuju menangguhkan angkat sumpah semula dua Exco itu kerana dia mahu semua ahli Exco berkhidmat hingga penggal sekarang tamat iaitu apabila DUN dibubarkan bagi pilihan raya baru. Seluruh ahli PAS Kedah yang susah payah menegakkan kerajaannya sekarang dan yang pertama baginya tidak mahu kejadian itu menyebabkan ia tidak dapat menyambung kemenangan.

Sejak jadi Menteri Besar inilah ujian besar baginya. Dia diperhatikan bagaimana dia dapat menggunakan kebijaksanaannya menggagalkan UMNO mendapat manfaat atas isu itu.

Lynas 3000 orang - JATI 10,000 orang

 
Program Hassan Jati

Jumlah yang hadir melebihi 10 000 orang. Sungguh ramai dan boleh gugat Pakatan Rakyat. Rakyat dah mula sedar dan memberi sokongan pada Program JATI. Kerusi yang disediakan tidak cukup.

ANTI LYNAS DI KUANTAN 3000 orang saja 

Red Warriors tak bayar sewa KTC RM72,000

Salmah Mat Husain,29 Feb 2012

KOTA BHARU, 29 Feb:Peminat pasukan The Red Warriors jangan terkejut apabila restoran milik Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini tertunggak hutang hampir RM72,000.

Restoran tersebut menyewa lot perniagaan di KTC Convention & Apartment Sdn Bhd bermula 1 April tahun lalu dan tempoh perjanjiannya bakal berahir 31 Mac ini.

Kadar sewaannya sebanyak RM5,000 sebulan, memandangkan lokasi begitu strategik.

Ketua Pegawai Operasi KTC, Aziz Desa berkata, pelbagai usaha dilakukan termasuk menghantar surat peringatan kepada Kafa, namun mereka masih tidak mengedahkan.

Katanya, surat ‘mesra’ kepada Setiausaha Agung Kafa sudah dihantar bertanyakan status restoran berkenaan, namun tiada sebarang jawapan diterima.

“Sebagai sebuah restoran yang menjadi kebanggaan penyokong dan pengurusan pasukan berwibawa, kita berharap Kafa lebih komited kepada perjanjian yang dipersetujui.

“Jika Kafa ada masalah kewangan, kami sedia mendengar dan bukan terus berdiam diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Restoran tersebut terletak bersebelahan dengan Dewan Konvensyen KTC dan tidak jauh daripada Stadium Sultan Muhammad Ke-IV serta Hospital Pakar Perdana.

Oleh itu Aziz berharap Kafa segera memberi maklum balas sama ada mahu terus mengusahakan Restoran The Red Warriors atau sebaliknya.

Menurutnya mengikut perjanjian, Kafa perlu mengemukakan notis dalam tempoh tiga bulan kepada KTC sama ada ingin meneruskan operasi atau tidak.

Bagaimanapun, tambahnya sehingga kini Kafa gagal mematuhi perjanjian yang dimenterai bersama.

Indeks kemiskinan Kelantan 4.8, Sabah 19.2


Aslani M,29 Feb 2012


KOTA BHARU, 29 Feb: Laporan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri menjelaskan indeks kemiskinan di Kelantan 4.8 iaitu lebih rendah berbanding Perlis (6.0), Kedah (5.3) dan Sarawak (5.3).

Bahkan jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan Sabah yang mencatat paling tinggi iaitu 19.2.

Laporan itu berdasar Jadual 6, Insiden Kemiskinan Mengikut Etnik, Strata dan Negeri Malaysia 1970-2009.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman (gambar) berkata, sekiranya dibuat perbandingan, nyata sekali Kelantan bukannya negeri termiskin.

“Apakah Perdana Menteri tidak diberi maklumat yang betul sedangkan Unit Perancang Ekonomi berada di bawah dagunya sendiri melaporkan sebaliknya.

“Atau sememangnya Dato’ Seri Najib sengaja mengundang kemarahan rakyat Kelantan dengan melontarkan penghinaan sebelum ini,” katanya di sini.

Ketika berucap merasmikan Mini Estet Sejahtera di Kampung Nala, Lahad Datu di Sabah pada 18 Februari lalu Perdana Menteri menyifatkan Kelantan sebagai negeri yang termiskin di Malaysia.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, Pengarah Sektor Pembangunan Manusia Bank Dunia (Asia Timur dan Pasifik), Emmanuel Jimenez turut mengesahkan Sabah merupakan negeri termiskin di Malaysia.

Katanya, kenyataan itu dibuat berdasar kepada kajian yang dibuat dan pada pengamatannya Sabah dijangka terus kekal sedemikian dalam tempoh agak lama berdasar perkembangan ekonominya sekarang.

Menurut beliau fakta tersebut bukan bertujuan menghina Sabah, sebaliknya pelbagai masalah melanda negeri itu termasuk kebanjiran warga asing di bawah kerajaan BN sekarang.

Selain itu skandal pemberian kad pengenalan dikatakan begitu berleluasa sekali.

“Rakyat Kelantan tidak boleh menerima penghinaan seorang Perdana Menteri yang mengeluarkan kenyataan tanpa berasaskan kepada fakta.

“Apakah lawatan Datuk Seri Najib ke Kelantan pada 2 Mac ini cuba mengulangi penghinaan serupa,” katanya.

Menurutnya tidak wajar sama sekali seorang Perdana Menteri melontarkan penghinaan sebegini kepada sebuah negeri yang termaktub dalam perlembagaan berada di bawah persekutuan Malaysia.

Kata Abdul Latif juga kerajaan BN meninggalkan pentadbiran Kelantan pada 1990 dengan hutang sebanyak RM700 juta. Selain itu dinafikan pelbagai hak termasuk royalti minyak.

“Kami menuntut agar Perdana Menteri menarik balik kenyataannya sebelum ini dan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Kelantan di atas penghinaan tersebut,” ujarnya.

MP Sabak Bernam didapati bersalah buat tuntutan palsu

2:57PM Feb 29, 2012 : Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini mendapati Ahli Parlimen Sabak Bernam,  Datuk Abdul Rahman Bakri, bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000.

NONEHakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan terhadap kepada kes pendakwa.
Abdul Rahman, 47, didakwa dengan lapan tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000, daripada peruntukan kawasannya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.

Dia dituduh membuat tuntutan itu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi ADUN Sungai Ayer Tawar.

Ceramah Hassan Ali Mula Lengang


Gambar di atas adalah kehadiran ceramah Hasan Ali di Kampung Melayu Subang malam tadi (28 Feb). Memang pada mula Hasan Ali memulakan "tour" beliau, kelihatan ceramah beliau mendapat sambutan.
Mengikut laporan yang Tulang Besi dapat dari ceramah beliau di Paya Jaras tempohari, majoriti yang hadir dalam ceramah di Paya Jaras tempohari adalah terdiri dari penyokong dan pendokong PAS.

Tujuan mereka hadzir adalah semata-mata mahu mendengar sendiri manusia bernama Hasan Ali mengutuk dan menista PAS.

Inilah budaya dalam PAS. Apabila PAS dikhianati samada oleh bekas pemimpin ataupun parti kawan, maka ahli2 mahu pergi melihat dan mendengar sendiri orang yang mengkhianati PAS tersebut.

Tulang Besi berpengalaman waktu Semangat 46 dibubarkan serta Tengku Razaleigh mula menghentam PAS serta Tok Guru Nik Aziz.

Waktu itu Ku Li buat road show seluruh negara. Dan Tulang Besi hadzir salah satu ceramah Ku LI tersebut.

Tulang Besi lihat sendiri majoriti yang hadzir dalam ceramah itu adalah penyokong dan pendokong PAS.

Perkara yang sama berlaku kepada Hasan Ali. Namun, di dalam pusingan kedua siri ceramah Hasan Ali ini, kehendak mahu melihat sendiri ini sudah habis.

Maka, tinggalah beberapa kerat penyokong sebenar Hasan Ali yg masih mahu mendengar ceramah beliau seperti di bawah.

Tak lama lagi, ceramah Hasan Ali akan sama ramai pendengarnya macam ceramah Zul Nordin.

Allah Maha Kaya.
Tulang Besi

Addin :

Inilah nasib pengkhianat kepada perjuangan Islam..

MP: Pembangkang dapat liputan lebih luas di Internet

Kenyataan pembangkang bahawa mereka tidak bersaing secara sama rata merupakan dakwaan tidak adil kerana kumpulan itu mempunyai akses kepada media dalam talian yang mempunyai pembaca lebih besar daripada beberapa media arus perdana.

NONEMemberi contoh, anggota parlimen Kota Belud Abdul Rahman Dahalan berkata, sekarang ini lebih ramai orang membaca Malaysiakini berbanding Utusan Malaysia dan lebih banyak membaca The Malaysian Insider daripada The Star.

Menurut statistik terkini Malaysian Digital Association, kedudukan portal berita tempatan didahului Star Online, diikuti Malaysiakini, Utusan Online, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro, The Malaysian Insider dan Sin Chew Daily.

Tiada statistik membandingkan antara akhbar dan portal berita.

Namun menurut Google Trends, Malaysiakini mendepani dalam kumpulannya.

NONEAbdul Rahman berkata, media dalam talian berkembang pesat selepas pilihan raya umum 2008 dan kini turut menyertai media arus perdana.

Bercakap dalam debat membincangkan isu kebebasan dan sifat tanggungjawab di Kuala Lumpur hari ini, Abdul Rahman berkata, dalam skla kecil, Pakatan Rakyat mengawal TV Selangor dan tidak juga memberikan separuh liputannya terhadap BN.

MCA: Lupakan kerusi Kuantan jika Lynas terus operasi


lynas mca
KUANTAN – Pemuda MCA Indera Mahkota meramalkan Barisan Nasional (BN) akan berputih mata dan hanya boleh ‘bermimpi’ untuk merampas balik kerusi Parlimen Kuantan sekiranya gagal menghentikan projek nadir bumi Lynas sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Ketuanya, David Choi berkata, kerusi berkenaan yang kini disandang Fuziah Salleh dari PKR bukan sahaja terus mendapat sokongan rakyat kerana isu Lynas, malah BN akan tewas kerana tiada sokongan penuh pengundi-pengundi Cina.

Haramkan The Star, mana pergi NGO beras kampit

Mohd Sayuti Omar,28 Feb 2012

Ekoran mendedahkan gambar artis Amerika, Erykah Badu yang bertatu nama Allah para pengarang kanan akhbar The Star telah dipanggil oleh pihak KDN yang bertanggungjawab mengeluarkan permit. Saya yakin dan percaya tindakan paling kuat dikenakan kepada akhbar yang biadap itu hanya memberi amaran keras bertulis.

KDN tentu tidak berani untuk bertindak ke atas akhbar kroni Umno itu. Tindakan-tindakan yang lebih bersifat untuk mengambil hati begitulah menyebabkan akhbar itu jadi keras kepala dan terus mempermainkan perasaan umat Islam. Cara akhbar itu menyiarkan artis bertatu Allah itu untuk memalu dan satu penghinaan kepada Islam.

Kepada saya tindakan paling sesuai ialah bukan amaran keras atau mengggantungkan permitnya, tetapi haram terus biar akhbar itu lenyap dari atas muka bumi ini. Akhbar itu dan sesiapa juga yang tidak peka kepada kepentingan dan agama lain harus dikenakan tindakan tegas jangan berlemah lembut lagi. Dengan mengharamkan terus saja perkara itu tidak akan berulang dan akan menjadi pedoman oleh akhbar lain.

Saya yakin selagi akhbar itu wujudnya ia akan melakukan perkara sama. Ia hanya berhenti sekejap saja kemudian akan mengulangi lagi kemudian membuat opolegetik dengan alasan tersalah pandangan.

Menghairankan macam mana berlaku tersalah pandangan dalam penerbitan yang sebegitu besar dan profesional. The Star adalah akhbar nombor satu dari segi edarannya. Bukan soal tersalah faham saja sepatutnya semua karyawan di akhbar itu diberi didikan dan pengetahuan mengenai tatacara bersurat khabar. Saya nak tanya apa yang orang Islam yang ada dalam pejabat surat khabar itu buat? Tidur kah atau semua mereka hanya jadi operator mesin saja.

Umat Islam wajib terus desak dan berikan tekanan. Sikap The Star bagi saya jauh lebih berbahaya berbanding aktiviti memurtadkan umat Islam di negara ini yang dihebohkan oleh sebuah NGO berjenama beras kampit itu. Kenapa NGO itu diam? Mungkin kerana ketuanya jahil mengenai strategi The Stardalam menghina umat Islam menyebabkan dia boleh ambil The Star untuk menudung kepalanya dari ditimpa hujan.

Akidah The Star perlu diperbetulkan dulu sebelum hendak perbetulkan akidah pihak lain. Dengan diam membisunya ketua NGO berjenama sama dengan sejenis beras itu maka jelas perjuangannya tidak lebih mengambil upah sesen dua untuk dijadikan bekalan di musim banjir. -http://www.msomelayu.blogspot.com/

Star: Umno bagi lesen MCA hentam Islam

Harakahdaily,29 Feb 2012

KUALA LUMPUR, 29 Feb: Akhbar milik MCA, The Star yang sudah berkali-kali terang-terang mengguris hati orang Islam tanpa dikenakan sebarang drastik menandakan Umno memberikan lesen kepada rakan seperjuangannya MCA untuk terus menghentam Islam, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Dua hari lepas, The Star menyiarkan gambar besar penyanyi Amerika Eryka Badu yang mempunyai tatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.

Ia disifatkan satu penghinaan kepada umat Islam di negara ini kerana nama Allah seolah-olah dipermain-mainkan. Ekoran pendedahan Harakahdaily mengenainya, The Star telah memohon maaf atas “terlepas pandang”.

Ekoran itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Lee Chee Leong dalam kenyataannya sebagaimana yang disiarkan Bernama berkata, Managing Editor, Ketua Editor Berita dan Editor Kanan The Star telah dipanggil kementeriannya untuk memberikan penjelasan ekoran laporan itu.

Ini adalah kali ketiga akhbar MCA melakukan kesalahan yang disifatkan melampau dalam tidak menjaga kesensitifan umat Islam.

Bulan Februari lepas, editor The Star, P Gunasegaram mempersoalkan hukum Islam apabila 3 wanita dijatuhkan hukuman sebat kerana berzina.

Kemudian, pada bulan Ramadhan yang lalu, The Star menyiarkan resipi masakan daging babi kononnya sebagai juadah berbuka puasa. Apabila dibuat bantahan, The Star memohon maaf.

Ini tidak ditambah lagi dengan kenyataan-kenyataan presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, yang umat Islam sudah muak dengan sifat ‘Islamphobia’nya yang tidak habis-habis menghina Islam khasnya hukum syariah.



Ia dapat dilihat dengan jelas dalam debat beliau dengan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP baru-baru ini.

“MCA dah menjadi lebih ganas di bawah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. Nampaknya Umno ini memang memberikan lesen kepada MCA untuk menghentam Islam dalam dasar pecah dan perintahnya. Hukum minum arak, berjudi, hudud semua boleh dipertikai,” kata Mohamad.

Beliau juga berkata Kementerian Dalam Negeri perlu telus dan adil dalam memberikan hukuman terhadap akhbar The Star.

“Diharap bukan timbalan menteri MCA yang menyoalsiat editor The Star. Manalah mereka faham apa itu kesensitifan orang Islam dan rakyat akan nampak tidak telus. Sekiranya kali ini juga tidak hukuman yang setimpal, maka betullah apa yang saya katakan, menteri-menteri Umno sebenarnya inginkan MCA terus menghentam Islam,” katanya memberitahu Harakahdaily ketika dihubungi malam semalam.

Semalam, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi turut mempertikaikan penglibatkan penglibatan timbalan menteri KDN dari MCA dalam isu ini, kerana ramai yang akan ragu kalau-kalau tindakan yang berpatutan diambil ke atas akhbar milik MCA, The Star ini.

"Bagaimana AJK Pusat MCA yang jadi timbalan menteri KDN ni nak siasat dan hukum akhbar MCA? Kelakarlah pentadbiran Umno ini," kata Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS ketika mengulas isu ini.

Sehubungan itu, beliau meminta KDN lebih serius dalam hal ini dan menjaga kepentingan umat Islam dan tidak takut kepada MCA yang sudah semakin galak menghina Islam.

Seperti Mat Sabu, Nasrudin juga berpendapat keadaan kini adalah lebih parah dan mengelirukan apabila kerajaan Umno dan BN memejam sebelah mata terhadap apa yang dilakukan oleh akhbar MCA itu.

“Apakah kerana mereka tidak berani berhadapan dengan MCA?” soalnya.

Menurutnya, harapan ada tindakan tegas justeru ia berkait dengan maruah ummat Islam.

“Kita tidak mahu lagi akhbar Star hina Islam kemudian mohon maaf, buat lagi dan mohon maaf lagi dan buat lagi lalu mohon maaf lagi.

“Soalnya sampai bila?” katanya lagi.

Tuesday, February 28, 2012

Tiada komplot jatuhkan MB Kedah - Phahrolrazi


ALOR SETAR, 28 Feb:
Laporan kononnya ada gerakan yang diketuai oleh Phahrolrazi Zawawi untuk menyingkirkan Menteri Besar, Datuk Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak hanyalah tuduhan semata-mata dan merupakan tuduhan yang tidak berasas.

Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, tuduhan tersebut adalah tidak benar dan hanyalah spekulasi yang dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu sahaja.

Beliau berkata demikian semasa mengulas mengenai khabar angin menyatakan beliau mengetuai gerakan menyingkirkan Menteri Besar, selepas mengadakan perjumpaan dengan petani di Tandop baru-baru ini.

“Saya bukanlah individu yang mengetuai gerakan tersebut seperti yang dinyatakan oleh sesetengah pihak. Saya tidak ada sebarang gerakan ke arah itu, kerana saya hanyalah pimpinan di peringkat tertinggi PAS Kedah dan juga menyertai gerakan dalam Parti PAS kawasan saya.

“Selain itu, komplot yang berkaitan dengan diri saya adalah tidak berasas dan saya tidak tahu pula ada dalang seperti yang dikatakan, sedang bergerak aktif menjatuhkan Ustaz Azizan," jelas beliau sebagaimana dilaporkan Warta Kedah, lidah rasmi kerajaan negeri Kedah.

Katanya lagi, sama ada ada dalang atau tidak di sebalik spekulasi ini, beliau tidak mengetahuinya dan saya juga tidak mengenali dalang yang dimaksudkan.

Beliau juga menafikan bahawa kononya beliau kecewa dengan pentadbiran dan pimpinan Ustaz Azizan.

Phahrolrazi dan seorang lagi exco, Dr Ismail tidak mengangkat sumpah exco hari ini apabila majlis mengangkat sumpah berjalan.

Kes Badrul: Wanita nafi berkhalwat, tuntut cerai

Wanita yang didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan Pengarah Penerangan kerajaan negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Rompin, semalam.


Menurut akhbar Sinar Harian, hari ini, wanita itu juga membuat penafian bahawa beliau berkhalwat dengan pemimpin PKR berkenaan dan tidak berada dalam bilik yang sama.

sinar harian on women denying khalwat with badrulamin, PKR“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!

“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrulamin).Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!” katanya dipetik akhbar itu.

Semalam, wanita berusia 28 tahun itu dari Kolej Komuniti Rompin hadir di mahkamah bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus.

Katanya, kerana tindakan khianat itu, Badrulamin bukan sahaja dikurung, malah dibelasah di biliknya oleh pihak yang mahu memerangkapnya.

“Saya pergi menemui ustaz Badrulamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.

“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini,” rintihnya kepada Sinar Harian.

NONESabtu lalu, media arus perdana milik BN, termasuk agensi Bernamamelaporkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menangkap seorang pemimpin PKR kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok di Kuantan.

Badrulamin kebetulan berada di Kuantan untuk temurapat atau permukiman PKR pada hujung minggu lalu.

Menurut wanita itu lagi, beliau memang kenal rapat dengan Badrulamin dan isterinya, Zumrah Husni, sejak beliau mengikuti rombongan umrah yang dikendalikan pemimpin itu pada 1 Mei tahun lalu dan mereka sering berhubung antara satu sama lain.

“Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini.

“Saya juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah,” katanya.

Menurut wanita itu, beliau nekad mengemukakan tuntutan cerai kerana kemelut rumah tangganya gagal diselesaikan di sebalik pelbagai usaha.

“Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela,” katanya.

Sebelum ini, Badrulamin juga menafikan dakwaan khalwat itu dan berkata beliau khuatir kes itu akan dijadikan permainan politik kotor oleh Umno.

8 Exco selamat angkat sumpah

ALOR SETAR, 28 Feb: Lapan orang Exco Kedah mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari ini di depan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Dua lagi exco dijangka akan mengangkat sumpah jawatan mereka selepas ini.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Sultan Kedah apabila Tuanku Sultan Kedah kini menjadi Yang Dipertuan Agung.

Azizan dalam sidang media sebelum ini berkata, hanya lapan Exco akan mengangkat sumpah jawatan hari ini manakala dua lagi dijangka mengangkat sumpah jawatan dalam majlis kedua, memandangkan tempoh lantikan bagi penggal 2011 hanya akan berakhir 7 Mac ini.

Azizan berkata, beliau sedia melantik semula semua exco Kedah yang ada sebagaimana yang diarahkan oleh PAS Pusat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya semalam memaklumkan, Presiden PAS telah mengarahkan agar kesemua 10 Exco Kedah dipilih dan dilantik semula.

Lapan yang mengangkat sumpah jawatan hari ini ialah Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (Agama, Pelajaran dan Koperasi), Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan).

Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib (Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan), Datuk Siti Ashah Ghazali (Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat) dan Abd Ghani Ahmad (Penerangan dan Pembangunan Usahawan).

Tiga Exco dari PKR, Datuk S Manikumar (Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam), Lim Soo Nee (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia) dan Tan Chow Kang (Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan)

Tsunami politik landa Perlis

KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN (sinar harian)
26 Februari 2012
Datuk Seri Shahidan Kassim

KANGAR - Kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa ada dalang termasuk pemimpin parti itu sendiri yang membantu parti pembangkang untuk menjatuhkan imejnya membuktikan masalah dalaman parti itu masih parah.

Pengerusi PKR Perlis, Muhammad Faisol Abdul Rahman berkata, dakwaan itu jelas menunjukkan kebanyakan pemimpin Umno Perlis masih tidak menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa semua pemimpin Umno bersatu-padu dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya, kebanyakan pemimpin politik Umno dan Barisan Nasional (BN) Perlis masih lagi bercakaran sesama mereka bagi menjamin kelangsungan politik masing-masing dan senario ini jelas satu petanda buruk kepada rakyat Perlis sekiranya mereka masih lagi mentadbir negeri ini selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Saya ada terdengar khabar angin mendakwa ada pemimpin Umno menuduh kami bekerjasama dengan beberapa individu dikatakan musuh politik pemimpin itu untuk menjatuhkan karier politik beliau di Perlis.
“Saya ingin mengulangi penubuhan ranting PKR Tambun Tulang yang menjadi isu hangat sejak kebelakangan ini adalah inisiatif penduduk sendiri sehingga perkara itu mengejutkan kami memandangkan kawasan itu dikatakan kubu kuat Umno dan BN,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian.
Muhammad Faisol berkata, di sebalik kenyataan Umno Bahagian Arau yang tetap yakin Parlimen itu akan terus menjadi milik mereka, PKR Perlis akan terus menubuhkan sekurang-kurangnya empat ranting parti itu di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Tambun Tulang dalam masa terdekat.
Selain itu, Muhammad Faisol turut menjelaskan tambahan dua ranting PKR di kawasan Chuping, Padang Besar akan ditubuhkan dalam tempoh dua minggu lagi dan ianya juga merupakan hasil inisiatif penduduk sendiri.
“Sekiranya mereka beranggapan PKR dan PR masih bermimpi di siang hari, terpulang kepada mereka kerana saya yakin keangkuhan dan kebongkakan akan dihukum rakyat pada PRU13.
“Sebelum ini, siapa sangka lima negeri akan jatuh ke tangan PR pada PRU yang lalu? Kali ini, saya percaya gelombang tsunami politik lebih besar akan melanda negeri Perlis dan yakin rakyat akan mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan negeri di bawah PR,” katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kenyataan Muhammad Faisol yang menyuarakan keyakinan PR mampu menawan Parlimen Arau dan kelima-lima Dun di bawah kawasan itu setelah tertubuhnya ranting Tambun Tulang baru-baru ini.
Bagaimanapun, Shahidan menyangkal keyakinan PKR Perlis dan menegaskan Umno Bahagian Arau tidak gentar kerana parti itu yakin rakyat akan memberi sokongan kepada pemimpin yang berbudi kepada mereka.

Sunday, February 26, 2012

Umno Perlis : Selepas 20 tahun projek gagal

Selepas 20 tahun projek gagal, penduduk tuntut janji kerjaan BN Perlis

CHUPING - Pada tahun 1992, 53 buah keluarga yang menduduki tanah di Batu Bertangkup dekat sini diarahkan untuk mengososngkan tanah mereka untuk memberi laluan kepada projek Pusat Pertumbuhan Desa.

Setelah hampir 20 tahun, penduduk terbabit yang terdiri dari orang-orang Melayu dan Siam masih janji-janji kerajaan Barisan Nasional terhadap mereka.

PPD Batu Bertangkup yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Kangar ini dibangunkan di atas tanah seluas 2799 hektar dengan peruntukan kerajaan pusat sebanyak RM25 juta.

Tujuan pembinaan PPD ini adalah untuk menyusun semula masyarakat luar bandar dengan konsep "INSITU" iaitu membawa semula penduduk masuk apabila projek siap.

Bagaimanapun sehingga kini penduduk yang terbabit masih menunggu dengan penuh harapan janji-janji kerajaan BN tersebut, antara lainnya menyediakan 122 lot rumah berdusun, 160 unit rumah biasa dan 58 unit rumah PPRT.

Selain itu, antara projek yang dicadangkan ialah Pusat Latihan Kemas Wilayah Utara, stesen minyak, tapak pasar malam, masjid, dewan orang-ramai, asrama desa dan lot kedai.

Menurut seorang waris penduduk terbabit, hanya sebahagian kecil sahaja janji-janji kerajaan BN itu telah ditepati dan hapir keseluruhannya gagal dilaksanakan selain tidak langsung memberikan manfaat kepada penduduk setempat.

"Masjid yang didirikan terletak jauh dari kawasan kampung kami dan asrama desa pula didirikan di dalam sekolah. Yang ada didirikan ialah tadika dan Kompleks Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

"Selepas hampir 20 tahun tapak pasar malam, stesen minyak dan lot kedai langsung tak nampak sebatang besipun yang terpacak di sini. Lebih menyedihkan, janji untuk menyediakan lot-lot rumah langsung tak terlaksana. Dah dekat 20 ahun kami menunggu," katanya.

Tinjauan Harakah mendapati di 10 lot Kompleks IKS yang dibina, hanya dua syarikat yang beroperasi iaitu sebuah syarikat memproses air minuman bertapis yang menyewa satu lot dan sebuah lagi syarikat berkaitan industri disel, SynGas iaitu menyewa 4 lot.

Kompleks IKS ini pernah menimbulkan kontroversi apabila gagal menarik pelaburan ke sana dan pernah menjadi projek gajah putih beberapa tahun yang lalu.

Sumber memberitahu, syarikat SynGas sendiri terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi untuk membersihkan kawasan dan menggantikan infrasrtuktur yang rosak sebelum menyewa lot terbabit.

Begitu juga, sebahagian besar tanah yang terbabit kini terbiar. Menurut penduduk setempat, beberapa projek pertanian seperti tanaman jagung yang diusahakan sebelum ini gagal.

Pengambilan tanah untuk pembangunan PPD ini pernbah menimbulkan kekecohan pada tahun 1993 dahulu apabila wujudnya bantahan penduduk terbabit, Pada masa itu, penduduk membantah bayaran pampasan ke atas tanah TOL yang mereka usahakan dengan kadar RM4000 serelong.

Menurut seorang penduduk yang terlibat, pada masa itu kerajaan menjanjikan elaun untuk membantu penduduk berpindah keluar dari rumah mereka selain dijanjikan eluan makan selama dua tahun.

"Mengikut matlamat asal penubuhan PPD ini, pada bulan pertama tahun ketiga pula, kami boleh pindah masuk semula ke situ. Tap yang ada hari ini hanya janji tinggal janji," katanya.

Badrulamin nafi khalwat, akan saman pemfitnah

KUANTAN, 26 Feb – Pengarah komunikasi Pejabat Menteri Besar Selangor, Dr Badrulamin Bahron menafikan sekeras-kerasnya laporan media bahawa beliau ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), di sebuah hotel di Kuantan, awal pagi Sabtu.

Dalam satu kenyataan media, Badrul berkata beliau hadir ke Kuantan untuk program Temu rapat pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang berlangsung pada 24 Febuari sehingga 26 Febuari.

Bagaimanapun, pada petang 24 Febuari, beliau dihubungi oleh seorang wanita mangsa keganasan rumahtangga, yang menyatakan hasrat untuk melarikan diri kerana bimbangkan keselamatan dirinya terancam.

Pada awal pagi 25 Febuari, wanita berkenaan sekali lagi menghubunginya dan memaklumkan sudah berada di lokasi Temurapat KEADILAN itu.

Menurut Badrul, beliau cuba membantu mendapatkan penginapan untuk wanita tersebut dan anaknya, sebelum diserbu oleh suami wanita berkenaan bersama sekumpulan 20 samseng.

Dalam kenyataan medianya, Badrul menjelaskan beliau mengenali pasangan suami dan isteri itu yang pernah bersama menyertai rombongan umrah bersamanya.

Menurutnya lagi, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan saman terhadap pihak terbabit yang memfitnahnya ditangkap khalwat.

Berikut disiarkan kenyataan penuh Badrulamin.

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temu rapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012.

Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Dr. Badrulamin Bahron