Rakyat Perlis jemu doh dengan UMno.. join group: https://www.facebook.com/groups/246030445480810/

Wednesday, June 20, 2012

Rakyat Perlis dipelawa ke Himpunan Hijau 22 Jun


Bashir Ishak, 20 Jun 2012

KANGAR: PAS Perlis akan mengadakan Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri pada 22 Jun ini.


Kemuncak himpunnan tersebut akan berlangsung di Markas PAS Kampung Paya di KM 9 Jalan Kaki Bukit, Beseri dekat sini bermula jam 8.30 malam.

Menurut pengarah program, Mohd Anuar Tahir (gambar) Himpunan Hijau Ke Putrajaya itu bakal menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan mantan Exco Pemuda Umno Malaysia, Tamrin Ghafar.

Katanya, selain kemuncak himpunan yang akan diadakan bermula selepas solat Maghrib, beberapa program pada sebelah siang turut diatur iaitu ziarah pimpinan, beberapa majis hi-tea, program menaikkan bendera PAS serta majlis makan malam bersam pimpinan.

"Jadi kami merasakan setelah kejayaan himpunan yang diadakan di Kedah tempoh hari yang dihadiri pelbagai laipsan masyarakat dari seluruh negara, ianya menunjukkan sejauh mana sokongan rakyat kepada PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya.

"Untuk itu di Perlis, kita juga akan meneruskan momentum semangat ahli-ahli di negeri ini sebagai satu persediaan menghadapi PRU 13 akan datang. Kita berharap himpunan hijau ini akan dapat menjadi bukti sokongan rakyat negeri ini yang semakin meningkat kepada PAS dan Pakatan Rakyat," jelasnya.

Sehubungan itu, Mohd Anuar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis mengajak seluruh ahli dan penyokong PAS, rakan-rakan Pakatan Rakyat serta rakyat negeri ini untuk sama-sama hadir ke program himpunan itu.

"Jangan lupa untuk kita sama-sama memakai pakaian berwarna hijau bagi menceria dan memeriahkan lagi program," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment