Wartawan Sinar Harian
3 Mac 2012
Menurutnya, selagi persetujuan belum dicapai, adalah tidak sesuai untuk beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan pendiriannya terhadap isu berbangkit, kerana mahu tahu terlebih dahulu keputusan Pas Pusat.
“Saya serah pada Pas Pusat dan kita
tengok keputusan macam mana dulu. Selepas persetujuan dicapai atau
keputusan telah diputuskan, saya akan respons terhadap isu ini,” katanya
ketika dihubungi.
Mengulas mengenai persediaannya
berdepan dengan jawatankuasa itu, Phahrolrazi yang juga Yang Dipertua
Pas kawasan Kuala Kedah berkata, dia sudah bersedia dengan
hujah-hujahnya untuk dibentangkan berdasarkan pendiriannya itu.
Saya kena bentang alasan saya atas
tindakan yang saya ambil. Saya akan kemukakan hujah kenapa saya buat
begitu. Biarlah masing-masing kemukakan hujah masing-masing, Pusat nilai
dan buat keputusan,” katanya.
Mengulas mengenai kata dua yang
diberikan kepada Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan Kuala Kedah, Datuk
Ir Amiruddin Hamzah sama ada ianya ditarik balik ekoran campur tangan
Pas Pusat, Phahrolrazi berkata, ianya adalah keputusan yang diputuskan
dalam mesyuarat pas kawasan itu, dan tidak boleh ditarik balik.
“Itu keputusan mesyuarat, jika Amiruddin
tidak mahu bersama Pas Kuala Kedah, dia boleh jadi ahli pas kawasan
lain sekiranya tetap mahu bersama Menteri Besar,” katanya.
Berkaitan pendirian Amiruddin yang
sekali lagi menyatakan hasrat tidak akan melepaskan jawatan Exco,
Phahrolrazi enggan mengulas lanjut.
“Saya belum tengok surat jawapan beliau jadi tak wajar komen, tak tahu apa isi kandungan surat itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment