Rakyat Perlis jemu doh dengan UMno.. join group: https://www.facebook.com/groups/246030445480810/

Thursday, February 23, 2012

Kehadiran PKR di Tambun Tulang tidak gugat BN

Kehadiran ranting PKR di kawasan Dewan Undangan Negeri Tambun Tulang baru-baru ini tidak menggugat kedudukan BN di situ, kata ADUN kawasan itu, Datuk Seri Shahidan Kassim.

shahidan group at putrajaya 140308 shahidan kassimBeliau berkata walaupun PKR cuba menampakan keyakinan bahawa mereka boleh mendapatkan sokongan, namun laluan kepada pembangkang menguasai kawasan itu bukannya mudah.

Bercakap kepada pemberita selepas menerima 102 borang menjadi anggota Umno di Kampung Seri Gelam dekat Kangar, beliau berkata, banyak anggota PKR telah melangkah kaki kepada Umno.

Shahidan, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis berkata, tinjauan mendapati bilangan yang menyertai PKR di Tambun Tulang adalah amat kecil dan bukannya 200 orang seperti yang didakwa oleh parti itu.

Baru-baru ini, PKR mendakwa 200 orang termasuk bekas anggota Umno telah menyertai parti itu yang rantingnya telah diwujudkan di kawasan Tambun Tulang.

Shahidan berkata beliau mempunyai bukti bahawa ada anggota Umno yang telah disenaraikan sebagai anggota anggota baru PKR sebenarnya tidak menyedari namanya digunakan.

Mengenai kedudukan hampir 26,000 penduduk Perlis yang berumur 21 tahun ke atas belum mendaftar sebagai pemilih, beliau berkata, usaha drastik perlu dilakukan kerana kebanyakan mereka adalah penyokong kerajaan.

Beliau berkata langkah yang telah dijalankan pada masa ini ialah menjemput Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka kaunter pendaftaran dalam apa jua program yang dianjurkan oleh kerajaan dan parti komponen BN.

- Bernama

No comments:

Post a Comment